Tajularif Ibrahim on September 1st, 2010

Keadaan kita memang sukar
Bukan kerna cinta yang menghalang
Walaupun terpaksa kita terpisah
Namun hanya untuk seketika saja

Tak pernah lepas dari cobaan
Dalam perjalanan percintaan
Tapi ku relakan cinta ku untuk mu
Yakin pada tulusnya kasih mu.

Hanya kerana cinta ku melangkah jauh
Sanggup menyepi mencari ilhamku
Tak ada yang lebih dari itu
Hanya kerana cinta ku bersujud pasrah
Mengharapkan belas maaf dari mu
Tak ada yang lebih, tak ada yang lebih dari itu.

Bawalah aku ke dalam mimpi mu
Agar ku dapat bersama mu
Walaupun hanya sementara
Sentuhan mu indah

Hanya kerana cinta ku melangkah jauh
Sanggup menyepi mencari ilhamku
Tak ada yang lebih dari itu
Hanya kerana cinta ku bersujud pasrah
Mengharapkan belas maaf dari mu
Tak ada yang lebih…. tak mungkin ada lebih.. dari itu.

Tags: ,

Tajularif Ibrahim on August 14th, 2010

28 words

Typing Speed Test

Try laa…tgk brapa laju hangpa boleh type…kot2x laaa teringin jd typist….hehehehe

Tajularif Ibrahim on August 13th, 2010

Bahan-Bahan:
1 paket spagetti – rebus
6 keping Daging – separuh cincang, separuh lagi utk di perap
1 paket sawi – beli kat Giant
1 sudu serbuk Oregano (McCormick terbaek)
4 ulas bawang putih – di cincang
1 bawang besar – cincang
4 biji cili hijau – potong kecik2x
2 sudu besar lada hitam – ditumbuk kasar
1 botol besar sos spagetti (perasa ikut suka)

Perap daging yang lebinh ngan lada hitam, garam dan oregano selama 1jam. Kemudian masak atas kuali dengan minyak yg sikit jer…lebey kurang cam bakar jer….jgn lelama nnt keras…biar half done lg ngam…
Sawi tuh celur jer…amik bahagian daun…

Cara:
Tumis bawang putih dan bawang merah dalam kuali/periuk hingga naik bau.Masukkan cili potong.

Masukkan daging cincang dan kacau.

Masukkan sos spagetti, lada hitam dan oregano.Kacau rata Biar atas api perlahan selama 2 minit.

Sedia untuk dihidang dengan daging halfdone td ngan sawi celur. Tabur laa cheese kalo ada…

Tambahan:
1) Spagetti hendaklah direbus dengan air yang dicampur sedikit minyak masak supaya tidak melekat.
2) Jika suka, bahan daging boleh ditukar kepada ayam.
3) Tambah cili kisar untuk lebih pedas

Tajularif Ibrahim on August 11th, 2010

Bahan utama:

1.Ayam – suka hati laa nak buat byk mana pon…ikut hangpa punya budget.

2. Sayur – pon ikut hangpa laa nak pakai sayur apa..aku pakai sawi jepun.

Bahan perap:

1. Lada hitam, agak2x la…tumbuk hancur. Kalo nak senang beli yg dah siap kisar…

2. Garam secukup rasa

3. Halia – lebey kurang besaq ibu jari kaki..kaki tau bukan tangan.

4. Bawang besar – sebijik potong bulat

5. Bawang putih – 1 jambak kot…hantam la…basuh leklok…buang kulit..kalo takmau buang pon takpa….hangpa yg nak makan kan…

6. Daun bawang dan daun sup

7. Tomato

8 Sos tiram

Cara2x:

1. Perap ayam ngan lada hitam, garam, sos tiram, halia. dalam setengah jam.

2. Bawang besaq ngan bawang putih tuh…potong kasar2x…pastu campak jer dlm periuk steam yg ada….pastu baru masukkan ayam yg dah perap td.

3. main campak2x jer….daun sup ngan daun bawang pon ptong2x gak…then masuk gak dlm periuk tuh..

4. atas sekali letak tomato yang dah potong bulat2x…susun laa bg cantik sikit…

5. pasang api dah biarkan masak.

6. Dah dekat nak masak baru susun sayur dekat atas dan masak balik dlm 5 minit jer supaya sayur tuh tak layu….

7. Siap utk dihidang.

Cadangan utk geng2x bujang lelaki…sebab tak payah ikut rule….tibai jer..janji ngam….selamat mencuba.

Tajularif Ibrahim on June 3rd, 2010

Salam…nih entry terakhir aku sebelum jd suami orang dan sebelum terpikulnya pelbagai tanggungjawab atas bahu aku nih.Macam2x perasaan ada time nih…gelabah,chuak,ketaq lutut semua ada…tinggal beberapa jam lagi sebelum majlis nikah…

Hopefully semuanya akan ok…

Tajularif Ibrahim on May 27th, 2010

Tayangan Multimedia untuk Anugerah Tokoh Guru 2010 daerah Johor Bahru. Dihasilkan oleh Tajularif Ibrahim, Nor Reezan Kasim dan Mazlihan Othman dari SK Pengkalan Rinting.

Tajularif Ibrahim on May 18th, 2010

Tajularif Ibrahim on March 29th, 2010

BUKIT YANG CANTIK

Atas bukit ada rumput,
Rumput cantik tak pernah lihat,
Rumput atas bukit,
Bukit yang cantik, hoi!
Bukit yang cantik, hoi!

Atas rumput ada pokok,
Pokok cantik tak pernah lihat,
Pokok atas rumput,rumput atas bukit,
Bukit yang cantik, hoi!
Bukit yang cantik, hoi!

Atas pokok ada dahan,
Dahan cantik tak pernah lihat,
Dahan atas pokok, pokok atas rumput, rumput atas bukit,
Bukit yang cantik, hoi!
Bukit yang cantik, hoi!

Atas dahan ada ranting,
Ranting cantik tak pernah lihat,
Ranting atas dahan, dahan atas pokok, pokok atas rumput, rumput atas bukit,
Bukit yang cantik, hoi!
Bukit yang cantik, hoi!

Atas ranting ada sarang,
Sarang cantik tak pernah lihat,
Sarang atas ranting, ranting atas dahan, dahan atas pokok, pokok atas rumput, rumput atas bukit,
Bukit yang cantik, hoi!
Bukit yang cantik, hoi!

Atas sarang ada telur,
Telur cantik tak pernah lihat,
Telur atas sarang, sarang atas ranting, ranting atas dahan, dahan atas pokok, pokok atas rumput, rumput atas bukit,
Bukit yang cantik, hoi!
Bukit yang cantik, hoi!

Atas telur ada burung,
Burung cantik tak pernah lihat,
Burung atas telur, telur atas sarang, sarang atas ranting, ranting atas dahan, dahan atas pokok, pokok atas rumput, rumput atas bukit,
Bukit yang cantik, hoi!
Bukit yang cantik, hoi!

Atas burung ada jambul,
Jambul cantik tak pernah lihat,
Jambul atas burung, burung atas telur, telur atas sarang, sarang atas ranting, ranting atas dahan, dahan atas pokok, pokok atas rumput, rumput atas bukit,
Bukit yang cantik, hoi!
Bukit yang cantik, hoi!

Atas jambul ada kutu,
Kutu cantik tak pernah lihat,
Kutu atas jambul, jambul atas burung, burung atas telur, telur atas sarang, sarang atas ranting, ranting atas dahan, dahan atas pokok, pokok atas rumput, rumput atas bukit,
Bukit yang cantik, hoi!
Bukit yang cantik, hoi!

Atas kutu ada kutu,
Kutu cantik tak pernah lihat,
Kutu atas kutu, kutu atas jambul, jambul atas burung, burung atas telur, telur atas sarang, sarang atas ranting, ranting atas dahan, dahan atas pokok, pokok atas rumput, rumput atas bukit,
Bukit yang cantik, hoi!
Bukit yang cantik, hoi!

Tags:

Tajularif Ibrahim on March 24th, 2010

Tajularif Ibrahim on March 13th, 2010

byk benda KALAU aku boleh ubah, aku akan ubah.tp tuh semua KALAU aku boleh putar masa…2-3 hari nih jiwa agak kacau dengan semua keputusan yg aku pernah buat..kengkadang benda2x nih buat aku jd psyko sorg2x…

td lepas kuaq mkn ngan lone n azhar, dok sembang pasal cerita2x lama…yg dok buat aku start pk semua keputusan yg aku buat selama ni..aduh…sakit jiwa tul…